•Mencari kebenaran disebalik kekeliruan yang ditimbulkan berhubung kebenaran Al-Quran dan sejarah umat Islam yang gemilang.
•Mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ketidakfahaman sebahagian umat Islam suka memutarbelitkan fakta mengenai kesucian Al-Qur’an.
•Memberi pengisian kerohanian kepada para mahasiswa IPT berteraskan pada Al-Quran dan Hadis Nabi SAW yang sahih.
•Mengkaji sirah keagungan umat zaman generasi awal yang menerima Al-Quran dan menerapkan peribadi mereka dalam diri setiap pelajar.
•Memberikan pemahaman yang tepat dan sahih kepada para mahasiswa agar tidak mudah dipengaruhi oleh dakyah-dakyah agama lain.
•Memupuk perasaan mengenali dan mencintai Al-Quran lalu seterusnya mengajak kepada mengamalkan Islam melalui asas-asas yang disebut dalam Al-Quran.
•Memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa merekalah yang perlu mengambil tanggungjawab membantu menyinari kehidupan mahasiswa lain.
•Mengasah bakat kepimpinan dan pengurusan organisasi dikalangan pelajar.